Wednesday, July 14, 2010

Geografi

SISTEM HIDROLOGI

1) Kerpasan - menggunakan Teori Bergeron-Findeisen dan Teori Lagaan
2) Hujan (kerpasan dalam bentuk cecair berasas dari awan) :
- Hujan perolakan, Hujan Bukit/Orografik, Hujan Perenggan
- Hujan Renyai (titisan air halus antara 0.2 - 0.5 mikrometer)
- Hujan Tiruan (buatan manusia dengan menggunakan bahan kimia seperti argentum iodida atau bahan penyejuk seperti ais kering ke dalam awan untuk menggalakkan pembentukan titisan air)
3) Salji

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru...

SELAMAT HARI GURU DIUCAPKAN KPD PENSYARAH2 SERTA GURU2 PELATIH IPG KDRI, IPG2 DAN SEKOLAH2 SELURUH MALAYSIA..

SEMOGA M'JADI GURU YG B'KUALITI & BERINTEGRITI, YG AKN M'CORAK DAN MEMBENTUK BAKAL PENYAMBUNG PUCUK PIMPINAN DAN PEWARIS NUSA BANGSA..


Sunday, May 2, 2010

nK ShaRE NoTE tiTas NGN koRAng... ExaM 2010


TAMADUN

- Tamadun dapat dianggap sebagai SATU CARA HIDUP YG BERKEMBANG apbila seseorg manusia mula MENETAP DI SUATU KOTA ATAU BANDAR di mana terdapatnya SATU ORGANISASI SOSIAL DAN POLITIK yang tetap yg dikenali sbg NEGARA

- UMRAN & HADARAH (ISTILAH IBNU KHALDUN - 14 MASIHI)

> dri kitab MUQADDIMMAH
> dua istilah ini mngmbarkan msyrakat bertamadun

UMRAN > SIFAT-SIFAT FIZIKAL TAMADUN, iaitu kwsn tanah yg didiami scra tetap & aspek2
pmbngunan yg wujud di satu2 kwsan.

HADARAH > MERUJUK KEPADA KEHIDUPAN YANG MENETAP



DASAR TAMADUN (ada 5)

1) MENJAGA KEWARASAN AKAL

2) MENJAGA DIRI DAN NYAWA

3) MENJAGA ZURIAT DAN KETURUNAN

4) MENJAGA KESELAMATAN HARTA

5) MENJAGA AGAMA



MATLAMAT TAMADUN (ada 3)


1) Hubungan Manusia dengan Allah

2) Hubungan Manusia dengan Manusia

3) Hubungan Manusia dengan Alam Sekitar


Ciri-ciri Tamadun (ada 6)

1) Rabbani

2) Universal

3) Keseimbangan dan kesederhanaan

4) Idea & realistik

5) Tetap dan anjal

6) Menyeluruh


INTERAKSI ANTARA TAMADUN (ada 6)

1) Kepimpinan
(pemerintah adil & toleran, interaksi berlaku dalam keadaan aman & damai)

2) Sikap golongan agama
(semua agama berusaha mewujudkan suasana harmoni & menekankan sift keinsanan)

3) Kedudukan Geografi
(melibatkan bentuk muka bumi & kemudahan prhubungn ssbuah msyrakat)

a) China : Interaksi mngunakan LALUAN SUTERA (jalan darat & laut)

b) Perlabuhan Melaka : trlindung dari angin monson, tmpat tmpuan & prsinggahan
pedagang

4) Perkahwinan

5) Perdagangan (contoh, ARAB-CHINA sejak 3 Masihi & kemuncaknya 8 Masihi)

6) Misi Politik (Melaka-China sejak 1404 Masihi)


PERSAMAAN & PERBEZAAN ANTARA TAMADUN (ada 3)

1) TEOLOGI/KETUHANAN & KEROHANIAN

- semua tamadun mnekankan konsep ketuhanan & mmpunyai doktrin srta amalan ritual
yg tersendiri

- bgitu juga dari sudut lain spt khidupan selepas mati, pembalasan perbuatan
manusia

> ISLAM

> HINDU - Moniteism dalam agama Hindu brasaskan TRIMURTHI

a) BRAHMA - Tuhan yg mana pencipta
b) VISHNU - Tuhan yg maha pemelihara
c) SHIVA - Tuhan yg mana pemusnah *Tiga kuasa ini adalah sama*

- Simbol2

- Pemujaan Lembu - melambangkan sifak keibuan dan kelembutan

- Tempat Beribadah - kuil menyediakan suasana yg tenang & aman untk beribadat
- sbg tmpt aktiviti sosial & kemasyarakatan
- sbg tmpt menunaikan nazar

> BUDDHA - agama & falsafah yg diasaskan oleh Siddhartha Gautama yg lahir pd
kurun ke 6
- trsebar ke India dalam kurun ke 5 selepas mninggl dunia
- brtapa di BAWAH POKOK BODHI SELAMA 48 HARI

> KRISTAN - Jesus tidak mengaku Tuhan (Matius 7:21-22)
St Paul mngatakan Jesus Tuhan (Kor 1:1-9) *Ish3..*


2) UNDANG-UNDANG @ PERATURAN HIDUP BERMASYARAKAT

> Undg2 merujuk kepada peraturan2 hidup dlm msyarakat sama ada lisan @ bertulis

> dlm konteks Islam, mngalakkan hidup saling kenal memgenali antara satu sama lain

> Diskriminasi merupakan satu jenayah

> sumber undg2 & peraturan hidup dlm tamadun lain trletak kepada pmikiran cerdik pndai & pra pujangga mereka


3) ETIKA - Tingkah laku yg baik, disanjung & diambil berat oleh setiap tamadun Asia

a) Aspek politik & pentadbiran

b) " pendidikan

c) " ekonomi

d) " kekeluargaan

e) " kesenian & kebudayaan

f) " alam sekitar



KESAN POSITIF INTERAKSI ANTARA TAMADUN


> Prtmbahan bahasa & kosa kata melayu dalam plbagai aspek

> Kebudayaan - Budaya Baba-Nyonya
- Budaya Cina Peranakan

> Kesenian

> Dasar Pendidikan Negara

> Dasar Integrasi


KESAN NEGATIF INTERAKSI ANTARA TAMADUN

> Jurang Ekonomi

> Jurang Sosial

> Pencapaian tidak seimbang


FAKTOR PENDORONG INTERAKSI

1) Nilai Kepimpinan

- Pemimpinlah yg mmainkan pranan utama bg mmastikan sma ada wujud keharmonian @
tidak

- Kepimpinan Rasulullah adalah contoh terbaik betapa pentingnya pngaruh pmimpin
dalam konteks pnyebaran agama (Persaudaraan Aus & Khazraj, Ansar & Muhajirin

- TAMADUN CHINA - Maharaja MING CHENG ZHU & PARAMESWARA (Raja Melaka)

2) Keagamaan

3) Ilmu - pmbinaan bdaya ilmu mrupakan prasyarat utama kkuatan, kejayaan &
kecermelangan

"p/s (T_T) pningnye kepala..."


ISU-ISU KONTEMPORARI TAMADUN & HEGEMONI BARAT


> PENGERTIAN GLOBALISASI - mrujuk kpd idea dunia tnpa smpadan seolah2 ia mnjadi satu wlaupun pnduduknya brada pada tmpat yg brasingan

> HEGEMONI - ketua (Yunani)
- Hegemoni ialah PENGARUH @ DOMINASI SESEBUAH NEGARA KE ATAS NEGARA-NEGARA
LAIN kamus dewan edisi 3, 2002)

> HEGEMONI juga boleh difahami sebagai pencengkaman @ dominasi sesuatu pihak ke atas pihak lain scara relatifnya lebih lemah dri segi ekonomi, politik & sosial.



DOMINASI KE ATAS POLITIK

> Politik antarabangsa hari ini dikuasai sepenuhnya oleh beberapa buah negara besar

> Perang Dingin (Barat vs Komunis & Jatuhnya blok Komunis)

> PBB


DOMINASI KE ATAS EKONOMI

> Sistem ekonomi kini dicipta & dikawal spenuhnya oleh negara2 barat

> Syarikat multinasional, sistem kewangan gergasi, spekulasi

> IMF, World Bank, WTO, G8 trdiri dripada Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Russia, UK & USA

> "PERDAGANGAN TANPA SEMPADAN"



ISLAM DAN TAMADUN MELAYU

> Asal usul Istilah Melayu

> Ciri2 keistimewaan agama Islam

1) Tiada dasar paksaan

2) Islam dpt mndatangkan mnafaat kpd smua lapisan msyarakat

3) sesuai dngn tabie manusia & ssuai bg stiap masa & tmpt

4) mudah difahami


KESAN KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU

1) SISTEM POLITIK & PENTADBIRAN

2) SISTEM PENDIDIKAN & ILMU PENGETAHUAN

3) KESENIAN MELAYU

4) PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

5) PERKEMBANGAN INTELEKTUAL


> Tamadun Melayu trbina hasil dripada interaksi dngn plbagai tamadun

FAKTOR UTAMA : GEOGRAFI


> Pandangan Yusuf Al-Qardawi mngenai pnjajahan

1) Melalui Medium Ekonomi

2) " Ketenteraan

3) " Serangan Sosial (Media)

* Dr. Yusuf Al-Qardawi mnerima tarbiah lngsung dari Gerakan Ikhwanul Muslimin... TAKBIR!!! *


> Konsep DEWA RAJA

- Konsep Tulah jika derhaka
- melambangkan ketinggian taraf sultan & raja2



ISLAM HADHARI

> Pengertian Islam Hadhari, Hadhara - bertamadun

al-tsaqatah (kebudayaan)


> PRINSIP2 ISLAM HADHARI (ADA 10)

1) KETAKWAAN KEPADA ALLAH

2) KERAJAAN YANG ADIL DAN BERAMANAH

3) MEMBINA NEGARA BANGSA

4) PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN

5) PEMBAHAGIAN EKONOMI YG SEIMBANG & KOMPREHENSIF

6) KEHIDUPAN BERKUALITI

7) PEMBELAAN HAK MINORITI & WANITA

8) KEUTUHAN BUDAYA & MORAL

9) PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

10) KEKUATAN PERTAHANAN




MASYARAKAT MADANI & MINDA KELAS PERTAMA

~APAKAH HASRAT SEBENAR PEMIMPIN~


1) Bagi melahirkan masyarakat yg berilmu

2) Sikap proaktif

3) Berakhlak mulia & luhur

4) Tidak pentingkan diri sendiri

5) Memberi sumbangan



TOKOH2

1) IBNU SINA

2) IBNU KHALDUN - Sejarah tertakluk kepada undang2 alam semesta
- Rujuk "History of The Arabs"

3) PAK HAMKA

p/s - bace lh sndiri.. tk lrat dh nk taip... InsyaAllah, pkai bku Ust. Mohd Noor pn ckup..


"SEMOGA NOTA-NOTA INI DAPAT SEDIKIT SEBANYAK MEMBANTU KITA SEWAKTU MENJAWAB TITAS NANTI..."


klu ad slh ngn silap 2 mntk maaf bbnyak ye, mklumlah taip dlm mamai2.. hehehe...


~kORANG pn dOAKANlAH MD. Min SIHAt YE... tBE2 Plk dtng TonSil ni... huhuhu....~


klu ade yg lain, kongsi2 lh ye... biarlah kte sme2 cmerlang.. = )


Dengan ingatan tulus ikhlas buat sahabat seperjuangan di KS1 & KS2, dan tidak dilupa PSV... yg lain pn sme jgk...


bdk yg tngh nk baik pning kepala,


-Ahmad Noor Muhaimi Bin Noor Ley a.K.a. Md. Min...- (^_^)


INSYA-ALLAH fit untk exam....

Friday, April 23, 2010

"Pedoman Berkasih Sayang"

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja. Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja. Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan dan berkhasiat. Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu dan mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak kamu akan kehilangannya dan apabila dia menjadi milik orang lain kamu juga yang akan menyesal.

"apabila dia pergi barulah kita tahu bahawa ia bernilai utk kita"


posted by cikgu_ainaa ^_^

Thursday, April 22, 2010

SeRbA sEdiKit SokLan SpOt PeNgUrUsAn GeRko(yg FrH dPt TgKp CkiT dr LeC)

PG:30 objektif
5 struktur

OBJEKTIF:

- Pekeliling
- Kepentingan Sistem Fail
- Prinsip Sistem Fail
- Surat Rasmi(penutup)
- Media Komunikasi elektronik
- Notis Mesyuarat


STRUKTUR:

- Persatuan yang punyai badan induk
- Tujuan Mesyuarat
- Peraturan Pengacaraan Majlis
- Ciri2 Seorang Pengacara Majlis


Kalo ada yg frh tertinggal tambah2 or btol2kn lah ek?? hehhehe..k terBAEK~~

guru oh g u r u




BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

nothing less than m 0 R E! Kita Semua Hanyalah Hamba

work hard..!
its what you will get from it.



Apa tujuan kita hidup?

Inilah persoalan besar yang telah cuba dirungkaikan oleh umat manusia dari zaman berzaman.

Macam-macam teori timbul. Daripada teori kejadian spontan alam semesta dan kehidupan sepertimana yang dipelopori oleh para saintis berfahaman atheist, sehinggalah kepada teori untuk mencapai kemuncak ketuhanan seperti yang diajar dalam sesetengah agama.

Islam, agama yang kita cintai, mengatakan: hidup ini hanya untuk Allah:

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam" (Al-An'am: 162)

Tapi saya tak faham.

Hairan sekali kenapa kita semua tidak nampak pula seperti golongan hamba? Maksud saya, bukankah seorang hamba perlu sentiasa tunduk dan patuh kepada tuannya? Ikut segala perintah, jauhi segala larangan. Berhati-hati dengan tindak-tanduk dan kata-katanya setiap ketika. Mudah kata, seorang hamba itu tidak bebas, dia terikat dengan undang-undang dan batasan.

Lawan bagi hamba ialah orang merdeka. Apa yang kelihatan di kalangan sesetengah manusia ialah seolah-olah seperti mereka semua orang merdeka, yang bebas berbuat sesuka hati kita tanpa mengendahkan perintah 'tuan', iaitu Allah azza wajal.

Mungkinkah syaitan sudah ketawa besar sekarang?

Jika benar kita hamba Allah, apakah kita sedang mendemonstrasikannya setiap ketika? Cuba fikirkan, apa yang pernah kita lakukan, apa pula yang sedang kita sedang lakukan, apakah memang benar kita sedang bertindak seperti seorang hamba kepada Tuhan yang Maha Mengawasi? Apakah kita punyai bukti? Selalukah kita terfikir akan kesudahan nasib kita di akhirat nanti?

Jika belum, sekarang masih belum terlambat. Awas dengan tipu-daya dunia dan nafsu yang cukup licik. Gunakan senjata doa, beserta iman dan ketaqwaan yang utuh, inilah benteng dan motivasi yang kuat untuk kita dapat menjadi hambaNya yang soleh. Ya, saya tahu kita memang faham akan hal ini, tapi alangkah besarnya kesilapan kita kerana selalu ambil mudah tentangnya.

Kepada Allah kita memohon hidayah.
by cikgu_ainaa

k a m i GURU MALAYSIA

ALHAMDULILLAH..
Seluruh PISMP semester 1, IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL telah selesai menghadiri Seminar Integriti Warga Pendidik pada hari ini.. Pelbagai pengetahuan baru yang telah diperolehi dan sekali gus menaikkan semangat kami untuk menjadi warga pendidik yang berintegriti dan mendidik tunggak bangsa.

chaiyoo.. kami boleh..!

Monday, April 19, 2010

SELAMAT DATANG!!

Assalamualaikum..
Jom,berkenalan ngan bdk KS 1!

ddk dr kiri : Ang_Anggun,ShaLiana,HannaRaz,MunirahAtirah,VandaDiana,
WanNurAfifah,MoonComel,BungeRampai,
Cikgu_Ainaa,Sofiyah

berdiri dr kiri :
AinieyNoni,Black_Myssery,Shariffah_Pah,Ayyien,SharinaIdora,Redo,
MdMin,Nabila,Are_Man,Iejah


Haa..ni classmate br kami,Hannah..